![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 12 Mac 25 – MTU-Bahagian Sumber Manusia (BSM) telah menganjurkan Jelajah Pangkalan TUDM bagi sesi taklimat Program WBL 2.0 ke Pangkalan Udara Kuantan. Program WBL 2.0 merupakan program yang diaspirasikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan bagi mengiktiraf pegawai & anggota LLP ATM secara pensijilan akademik melalui kerjasama strategik di antara ATM dengan Kementerian Pengajian Tinggi.
Program tersebut bertujuan untuk meningkatkan nilai kebolehpasaran anggota dengan pemilikan kelulusan akademik lebih tinggi bagi mendapatkan kerjaya kedua setelah menamatkan perkhidmatan kelak. Selain itu, meningkatkan kemahiran kognitif, fungsi kerja, personel, etika dan profesional serta menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat. Program ini juga untuk meningkatkan kelulusan akademik menerusi pemetaan pengalaman kerjaya dengan menukarkan pengalaman ketenteraan kepada jam kredit akademik.
Sesi taklimat program tersebut telah disampaikan oleh PS 2 Penyelidikan, Mej Mohammad Nizam bin Abdul Rahim TUDM sebagai pendedahan kepada semua peringkat TUDM. Keutamaan kepada anggota LLP yang telah berkhidmat 10 tahun dan ke atas sebagai peluang untuk mendapatkan pemilikan kelulusan akademik lebih tinggi yang dinilai dan diperakui oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di universiti-universiti yang ditawarkan di dalam Malaysia.
Semoga program seperti ini dapat mencapai objektif yang telah dirancang dan akan diadakan lagi pada masa akan datang.