CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN DAN SUMBANGAN REHAL KEPADA PEGAWAI DAN ANGGOTA JAMCC SEPANG

3 4 5

 

SEPANG, 13 Mac 2025 – Ceramah sempena sambutan Nuzul Al-Quran telah dilaksanakan bertempat di Bilik TCI, JAMCC Sepang. Ceramah yang berlangsung pada 12 Ramadan 1446H turut dihadiri oleh seramai 7 Pegawai dan 20 Anggota LLP JAMCC Sepang.

Ceramah tersebut disampaikan oleh Ustaz dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Al-Fadhil Ustaz Tengku Nur Iftah bertajuk ‘Geledah Surat cinta Rabbi’ menyampaikan mesej penting berkenaan intipati Al-Quran dan perjuangan baginda Rasulullah S.A.W khususnya di dalam bulan Ramadhan.

Mengambil keberkatan serta pengimarahan Ramadan al- Mubarak, JAMCC Sepang mengambil peluang menyampaikann cenderahati kepada ahli taddarus al-Quran kepada Pegawai dan Anggota LLP yang terlibat. Upacara penyampaian tersebut disempurnakan oleh Komander JAMCC Sepang, Brig Jen Ben Khedda Adnan bin Mohd Yusoff TUDM. Turut hadir dalam majlis ini adalah Pegawai Laksana JAMCC, Kol Wan Amir Zaki bin Wan Hassan TUDM serta pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota JAMCC.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer