PROGRAM CERAMAH PERDANA SEMPENA SAMBUTAN BULAN WAKAF PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

WhatsApp Image 2025 03 13 at 06.13.13 1 WhatsApp Image 2025 03 13 at 06.13.13
WhatsApp Image 2025 03 13 at 06.13.14 1 WhatsApp Image 2025 03 13 at 06.13.14

 

BANDAR SRI SENDAYAN, 12 Mac 25 - Bersempena menyambut bulan Ramadan, Pusat Islam Pangkalan Udara Sendayan telah menganjurkan Program Ceramah Perdana Sempena Sambutan Bulan Wakaf Peringkat Negeri Sembilan yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Al Fadil Ustaz Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan dan juga dikenali sebagai PU Rahmat bertempat di Auditorium Rajawali, MPPLU.

Ceramah yang bertajuk “Wakaf Menyusuri Jalan ke Syurga” yang disampaikan oleh PU Rahmat ini dihadiri oleh warga anggota PU Sendayan dengan penuh jayanya.

Majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan alunan Asmaul Husna. Majlis diakhiri dengan pemberian cenderahati kepada penceramah jemputan yang telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan Udara Sendayan, Kol Azman bin Taib TUDM.

Harap program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang kerana dapat memberi impak yang positif kepada warga Angkatan Tentera Malaysia.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer