SIDANG VIDEO BAGI TAKLIMAT TATACARA PENGISIAN REKOD PENCALONAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) DALAM SISTEM HRMIS ATM

WhatsApp Image 2025 05 28 at 1.27.56 PM

WhatsApp Image 2025 05 28 at 15.02.37 1 WhatsApp Image 2025 05 28 at 15.02.37

 

KUALA LUMPUR, 27 Mei 25 - Bahagian Sumber Manusia, Seksyen Rekod dan Pangkalan Data telah menganjurkan Taklimat Tatacara Pengisian Rekod Pencalonan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dalam HRMIS ATM peringkat Markas Formasi dan Pangkalan secara Sidang Video melalui aplikasi Microsoft Teams yang disediakan oleh MTU-Komlek. Taklimat ini melibatkan penyertaan daripada semua Markas, Pangkalan dan Unit TUDM, dengan kehadiran seramai 37 orang perserta yang terdiri daripada kalangan Pegawai Perkhidmatan Anggota, Ketua Kerani dan Pengendali HRMIS ATM.

Objektif taklimat ini bertujuan untuk memberi penerangan secara terus dan terperinci mengenai Tatacara Pengisian Rekod Pencalonan APC dalam sistem HRMIS ATM agar platform tersebut dapat digunakan oleh pucuk pimpinan TUDM sebagai sumber rujukan terutamanya Bahagian Sumber Manusia dalam menguruskan perancangan kerjaya warga TUDM secara lebih efisien dan proaktif. Selain itu, usaha ini juga dapat membantu Eksekutif Unit atau Pangkalan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Sokongan Pergerakan Gaji (JKSPG) di peringkat unit atau pangkalan.

Kerjasama yang jitu daripada pelbagai peringkat khususnya pelaksana sistem HRMIS ATM Markas Formasi dan Pangkalan dapat memberikan hasil yang terbaik dalam pentadbiran sistem pengurusan sumber manusia TUDM yang lebih efisien di masa akan datang.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer