CAWANGAN MUKES TUDM CEMERLANG DI LIMA’25 DENGAN PERSEMBAHAN YANG PENUH KEUNIKAN DAN KEBUDAYAAN

1 2 3
5 6 7
8 9 10

 

LANGKAWI, 19 – 24 Mei 2025 – Cawangan Muzik dan Kesenian (MUKES) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sekali lagi membuktikan keunggulannya apabila diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan TUDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk melaksanakan persembahan sepanjang penganjuran Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2025 (LIMA’25).

Menampilkan persembahan berkualiti tinggi yang menggabungkan elemen muzik dan seni tari ketenteraan, Cawangan MUKES membawa gabungan dinamik antara Air Force Drumline Corps (AFDC) dan Badan Kesenian Tentera Udara (BKTU) yang terdiri daripada Kombo Seni Udara (KSU) dan Ritma Tari Udara (RTU). Persembahan-persembahan ini bukan sahaja mencuri tumpuan pengunjung tempatan dan antarabangsa, malah turut memperkukuhkan imej profesionalisme TUDM di pentas global.

Diketuai oleh Lt Kol Mohamad Rizal bin Hj Mohamad Noor TUDM dengan sokongan Kapt Sabri bin Hamil TUDM serta 41 anggota Lain-Lain pangkat (LLP), pasukan ini telah menunjukkan komitmen tinggi dalam menjayakan setiap persembahan yang diamanahkan.
Usaha gigih dan dedikasi tinggi warga MUKES mendapat pengiktirafan daripada barisan kepimpinan tertinggi TUDM dan ATM yang menyifatkan persembahan mereka sebagai antara yang terbaik pernah dipersembahkan dalam majlis-majlis rasmi sepanjang sejarah penganjuran LIMA.

Penyertaan MUKES dalam LIMA’25 bukan sahaja menjadi simbol kebanggaan institusi ketenteraan tetapi turut memperlihatkan gabungan seni dan ketenteraan boleh memupuk semangat patriotisme serta mengharumkan nama negara di persada dunia.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN