![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 23 Julai 2025 - Bahagian Sumber Manusia, Cawangan Pengurusan Sumber Manusia telah menganjurkan Sesi Taklimat dan Dialog di antara Pengarah Pengurusan Sumber Manusia iaitu Kol Noorisma Eza bin Mat Isa TUDM bersama Pegawai Perkhidmatan Anggota dan Ketua Kerani. Seramai 7 Pegawai Perkhidmatan Anggota serta 13 Ketua Kerani dan Pengendali HRMIS ATM dari MAWILUD 1, MAWILUD 2, Pangkalan Udara Gong Kedak, Pangkalan Udara Kuantan, Pangkalan Udara Kuching, Pangkalan Udara Labuan, Sekolah Latihan Tempur TUDM, Skn 330 TUDM dan Pusat Kawalan Lalulintas bersama TUDM Kota Kinabalu (PUKALUB KK) yang diadakan di Bilik Mesyuarat Tim Projek AMSS, Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP).
Kedua-dua sesi ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kompentensi dengan berfokus kepada tugas serta peranan setiap Pegawai Perkhidmatan Anggota dan Ketua Kerani untuk merancang serta mengambil tindakan yang pantas bagi mengatasi cabaran berkaitan kemas kini data, dokumentasi, pengurusan urus tadbir anggota dan mempertingkatkan kecekapan fungsi Bilik Rentah secara lebih efisien dan proaktif.
Semasa Sesi Dialog ini, Pengarah Pengurusan Sumber Manusia menegaskan semua Pegawai Perkhidmatan Anggota dan Ketua Kerani untuk mengambil pendekatan yang lebih tuntas demi meningkatkan tahap kesiapsiagaan maklumat peribadi dalam sistem HRMIS ATM. Para pegawai dan anggota juga harus menjadi lebih kompeten dan konsisten dalam tugas. Dasar dan polisi semasa harus menjadi rujukan utama dan dipatuhi. Ini akan meningkatkan keyakinan serta kredibiliti pegawai dan anggota Cawangan Tadbir khususnya.