![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 23 Julai 2025 - Bahagian Sumber Manusia, Cawangan Pengurusan Sumber Manusia telah menganjurkan Bengkel Refresher Penggunaan HRMIS ATM Siri 3/2025 di Makmal Komputer AMSS, Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) selama 2 hari bermula pada 21 hingga 22 Jul 25. Jumlah peserta yang terlibat adalah seramai 20 orang yang terdiri dari 7 pegawai dan 13 anggota LLP yang berkhidmat di MAWILUD 1, MAWILUD 2, Pangkalan Udara Gong Kedak, Pangkalan Udara Kuantan, Pangkalan Udara Kuching, Pangkalan Udara Labuan, Sekolah Latihan Tempur TUDM, Skn 330 TUDM dan Pusat Kawalan Lalulintas bersama TUDM Kota Kinabalu (PUKALUB KK).
Objektif bengkel ini memfokuskan kepada pemantapan pengendalian HRMIS ATM dan menerangkan status semasa perjalanan HRMIS 1.1 bagi meningkatkan kefahaman dalam pengurusan data bagi HRMIS ATM serta mengenal pasti cabaran penggunaan HRMIS ATM di setiap peringkat Markas/Pangkalan/Unit TUDM.
Skop pembelajaran adalah berkaitan modul-modul penting di dalam HRMIS ATM iaitu Pengurusan Prestasi (SKT/LNPT), Permohonan Pertukaran, Pengurusan Tatatertib, Modul Penilaian Kompetensi, Pembangunan, Perkhidmatan Maklumat dan Pengurusan Perubatan. Tenaga pengajar terdiri daripada pegawai dan staf Seksyen Rekod dan Pangkalan Data yang diketuai oleh PS 1 Rekod dan Dokumen iaitu Lt Kol Mohamad Rizan bin Mahat TUDM, PW U II Mohd Najmuddin bin Mislan, Sjn U Mohamad Hanifah bin Md Ali, Sjn U Muhammad Iqbal Fikri bin Senapi, Sjn U Mohamad Razif bin Kamarudin, dan Sjn U Mohamad Rizal bin Daud.