![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 22 Julai 2025 – Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan (TAKS P&P) telah diadakan di Wisma Pertahanan, disaksikan oleh Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan, Mejar Jeneral Mohd Sani bin Omar TUDM.
Majlis ini menyaksikan pertukaran tanggungjawab antara Kolonel Mohd Faizal bin Abu Bakar TUDM selaku Timbalan AKS P&P yang baharu dengan Kolonel Asroha binti Haron TUDM.
Dalam majlis tersebut, Kolonel Asroha binti Haron TUDM telah menyerahkan sijil dan nota serah terima tugas kepada Kolonel Mohd Faizal bin Abu Bakar TUDM sebagai penanda rasmi peralihan tanggungjawab.
Markas Tentera Udara – Bahagian Perancangan dan Pembangunan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kolonel Asroha binti Haron TUDM atas segala jasa, komitmen dan sumbangan sepanjang tempoh beliau menjawat jawatan tersebut. Sekalung tahniah turut diucapkan kepada Kolonel Mohd Faizal bin Abu Bakar TUDM atas pelantikan sebagai Timbalan AKS P&P yang baharu. Semoga terus cemerlang dalam menerajui agenda pembangunan strategik TUDM.