![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 8 Disember 2025 - Pusat Rekod dan Arkib TUDM (PRA TUDM) telah mengadakan sesi libat urus bersama Arkib Negara Malaysia (ANM) dan Sekolah Pentadbiran, Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR) bertempat di Bilik Mesyuarat 1, Wisma Warisan, Arkib Negara Malaysia.
Pertemuan ini menjadi medan perkongsian strategik mengenai pemerkasaan proses pembangunan kurikulum, penyeragaman rekod serta memastikan pematuhan terhadap tadbir urus dokumen yang lebih sistematik di peringkat TUDM khasnya. PRA TUDM dan ANM turut menyentuh peluang kolaborasi baharu termasuk peningkatan kecekapan sistem rekod digital dan pelaksanaan amalan terbaik pengurusan arkib untuk menyokong keperluan semasa.
Semasa sesi ini, wakil Konsultasi dan Latihan ANM iaitu Encik Mohammad Amin bin Mohd Razali, Penolong Pegawai Arkib Kanan (ANM) turut membentangkan Modul Kursus Pengurusan Rekod Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) bagi diselaraskan di dalam kurikulum kursus Pegawai dan anggota LLP pada tahun 2026 di Sekolah Pentadbiran, INSTAR.
Perbincangan juga diteruskan dengan hala tuju Pengurusan Rekod bagi tahun 2026 iaitu Pembangunan Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR) yang akan dibangunkan di semua Markas/Pangkalan/Unit.
Sesi ini diketuai oleh Mej Rohayu binti Shahrudin TUDM, Pegawai Staf 2 Pusat Rekod dan Arkib TUDM dan dihadiri oleh Mej Ahmad Syafiq bin Abdullah TUDM, Ketua Sekolah Pentadbiran INSTAR serta Puan Nurainolmardiah binti Abdul Halim sebagai Pegawai Arkib Kanan ANM.






