![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 5 Dis 2025 - Pertandingan Road Relay Peringkat INSPRA 2025 yang berlangsung pada 5 Dis 25 bertempat di Padang Kawad INSPRA telah berjaya menghimpunkan para peserta dari semua bahagian dalam satu acara larian berpasukan yang penuh persaingan dan semangat kesukanan.
Acara sukan tahunan ini menjadi platform untuk menguji ketahanan fizikal dan mental serta berperanan sebagai aktiviti pengukuhan pasukan dalam komuniti INSPRA.
Seawal pagi, suasana gamat dengan kehadiran para peserta kursus dari semua sekolah yang memberi sokongan dan dorongan kepada pelari yang terlibat. Sebanyak 4 buah pasukan yang bertanding dan setiap pasukan mempunyai 8 orang pelari. Setiap pelari perlu menghabiskan larian sejauh 1.4 km sebelum menyerahkan baton kepada pelari seterusnya. Kecekapan strategi, kekuatan stamina dan ketepatan masa menjadi faktor utama dalam menentukan pemenang.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg Komandan INSPRA, Kol Mohammed Firdauz bin Hj Osman TUDM. Beliau juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak terutamanya penganjur kerana telah berjaya melaksanakan acara ini dengan penuh komitmen. Tahniah diucapkan kepada Sekolah Kawalan Pertahanan Udara (SKPU) telah merangkul kejuaraan bagi pertandingan Road Relay tahun ini dan diikuti tempat kedua oleh Sekolah Kawalan Trafik Udara (SKTU). Syabas diucapkan.
“Bersama Mencapai Kecemerlangan, Berlari Menuju Kejayaan”












