![]() |
![]() |
![]() |
TANAH MERAH, 11 Disember 2025 – Ketua Cawangan Tadbir, Lt Kol Hairul Nizam bin Hussain TUDM, mewakili AKS Tadbir, Brig Jen Junairi bin Baharom serta Komander Pangkalan Udara Gong Kedak, Kol Norazan bin Othman TUDM, telah mengadakan lawatan kebajikan terhadap anak arwah Lt Kol Mohd Rosdi bin Che Mohd Nasir TUDM (Bersara) yang kini sedang menerima rawatan dan ditidurkan di Hospital Tanah Merah, Kelantan.
Sepanjang lawatan, Ketua Cawangan Tadbir PU Gong Kedak telah diberikan penerangan oleh doktor pakar mengenai tahap kecederaan serta proses rawatan yang sedang dan akan dilaksanakan. Beliau turut menzahirkan doa semoga mangsa diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan rawatan.
Lawatan tersebut diakhiri dengan penyerahan sumbangan kebajikan kepada isteri arwah Pegawai Kanan berkenaan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan pihak TUDM.
Usaha ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan TUDM dalam menjaga kebajikan balu serta keluarga bekas Pegawai dan Anggota yang pernah menabur bakti dalam perkhidmatan.






