![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
BUTTERWORTH, 21 Nov 24 – Pejabat Agama Pangkalan telah melaksanakan Seminar Keluarga Mawaddah Siri 2/24 Tahun 2024 di Pangkalan Udara Butterworth bagi tahun 2024 bertempat di Dewan Setia, PU Butterworth.
Majlis diserikan dengan kehadiran Komander Pangkalan, Brig Jen Khairol Muzambi bin Salehin TUDM serta eksekutif pangkalan. Turut hadir Pengerusi BAKAT Pangkalan, Puan Siti Norazlina binti Ismail dan ahli-ahli BAKAT.
Seminar Keluarga Mawaddah ini telah disertai seramai 193 peserta daripada semua skuadron dan cawangan bersama pasangan masing-masing.
Program ini dimulakan dengan dua slot ceramah. Slot pertama yang bertajuk 'Keluarga Bahagia Menuju Ke Syurga' telah disampaikan oleh penceramah jemputan Lt Kol Nafisah binti Noordin (B) Setelah itu, slot kedua telah disampaikan oleh Ustaz Sarbini bin Hussain bertajuk 'Komunikasi Suami Dan Isteri Mesra Sepanjang Hayat'.