PW TUDM - "SENTIASA MEMATUHI PERINTAH PEGAWAI ATASAN DAN SENTIASA MEMBERI SOKONGAN YANG TIDAK BERBELAH BAHAGI"

 

1 2 3
5 4 9

 

SENDAYAN, 21 Nov 24 – Jawatan Pegawai Waran TUDM adalah jawatan tertinggi dalam hierarki Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) TUDM. Namun, peranan Pegawai Waran TUDM bukan sekadar mewakili LLP, tetapi juga bertindak sebagai penasihat khas kepada Panglima Tentera Udara dalam hal berkaitan dasar sedia ada yang melibatkan peraturan perkhidmatan, semangat, dan budaya TUDM. Selain itu, mereka juga berperanan sebagai mata dan telinga untuk menyalurkan maklumat serta pandangan berhubung kebajikan dan masalah anggota LLP TUDM. Oleh itu, kredibiliti dan keterampilan mereka adalah amat penting dalam menzahirkan sebuah organisasi yang utuh dan mantap.

Baru-baru ini, Pegawai Waran TUDM, Pegawai Waran Udara I Ahmad Maulana bin Ab Ghafar telah mengadakan sesi perjumpaan bersama Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) Pangkalan Udara Sendayan di Dewan Utama, Wisma Bintara, Pangkalan Udara Sendayan.

Perjumpaan ini bertujuan menyampaikan amanat terakhir beliau sebagai Pegawai Waran TUDM ke-9. Dalam sesi ini, beliau turut menerangkan secara ringkas mengenai Program Work-Based Learning (WBL) 2.0, iaitu sebuah projek khas yang bertujuan mendapatkan pengiktirafan pensijilan akademik (Diploma) untuk anggota LLP melalui kerjasama strategik antara ATM dan universiti terpilih.

Beliau menyarankan agar setiap anggota menyokong usaha ATM dalam mengiktiraf pengalaman dan kemahiran anggota LLP melalui kursus-kursus yang telah dihadiri sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.

Selain itu, beliau menyeru semua PTTK supaya sentiasa mematuhi perintah pegawai atasan dan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pucuk pimpinan TUDM serta para pemerintah di unit masing-masing.

Sebagai penutup, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua PTTK yang telah memberi sokongan, kerjasama, dan komitmen tinggi sepanjang beliau menjawat jawatan sebagai Pegawai Waran TUDM ke-9.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer