![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 21 November 2024 – Seramai 10 pegawai Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menyertai Program Pertukaran Pegawai antara TUDM dan TUDB di Malaysia. Program ini telah berlangsung dari 18 hingga 21 November 2024, dan delegasi TUDB telah diketuai oleh Leftenan Kolonel (Udara) Md Zabri bin Abd Rahman.
Program Pertukaran Pegawai atau Junior Officer Exchange Programme (JOEP) merupakan program tahunan yang melibatkan kerjasama antara TUDM dan TUDB. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan diplomasi selain mendorong pertukaran pengetahuan, budaya kerja, dan amalan ketenteraan antara kedua-dua angkatan udara. Selain itu, program ini turut menjadi landasan terbaik untuk memperkukuhkan lagi hubungan persefahaman yang telah terjalin erat antara Malaysia dan Brunei.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Sebagai sebahagian daripada rangka program, delegasi telah membuat kunjungan hormat kepada Asisten Ketua Staf Operasi & Strategi, Mejar Jeneral Dato’ Hj Saharuddin bin Mansor TUDM, serta menerima taklimat mengenai organisasi dan peranan TUDM di Wisma Perwira ATM.
Delegasi turut melawat dua pangkalan TUDM iaitu Pangkalan Udara Subang dan Pangkalan Udara Sendayan. Selain lawatan rasmi, delegasi juga dibawa melawat beberapa lokasi menarik di Malaysia, termasuk Pasar Seni, Menara Kuala Lumpur, dan Mitsui Outlet Park.