SAMBUTAN AMBANG RAMADAN PERINGKAT PANGKALAN UDARA KUCHING TAHUN 1446H/2025M

WhatsApp Image 2025 03 07 at 08.16.02 1 WhatsApp Image 2025 03 07 at 08.16.02 WhatsApp Image 2025 03 07 at 08.16.03 1
WhatsApp Image 2025 03 07 at 08.16.03 WhatsApp Image 2025 03 07 at 08.16.04

 

KUCHING, 28 Feb 25 – Pangkalan Udara Kuching telah menganjurkan Sambutan Ambang Ramadan dengan ceramah yang disampaikan oleh Pegawai Agama Rejimen 1 Kor Polis Tentera Diraja, Mej Sudiman bin Redzuan. Turut hadir adalah Pemangku Komander Pangkalan, Lt Kol Nooraizal bin Abdul Rahman @ Che Othman TUDM, pegawai, anggota dan ahli BAKAT.

Antara perkara penting yang disampaikan dalam ceramah adalah memberi persediaan awal buat warga pangkalan bagi menghadapi ibadah puasa di bulan Ramadan Al-Mubarak. Selain itu, meningkatkan kefahaman berkenaan kelebihan, keutamaan dan fadhilat beribadah di dalam bulan Ramadan serta menghayati tuntutan ibadah puasa dengan lebih mendalam agar sifat belas kasihan terhadap fakir miskin dapat dizahirkan dalam diri seluruh Muslim.

Diharapkan agar dengan penganjuran majlis ini dapat memberikan nilai tambah dalam membentuk jati diri warga pangkalan ke arah kebaikan dan menghindarkan diri daripada perkara-perkara yang boleh menjerumuskan diri ke lembah kebinasaan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer