MAJLIS PERASMIAN PENUTUP DAN PEMBUKAAN PERTANDINGAN SUKAN ANTARA SEKSYEN PANGKALAN UDARA KUANTAN BAGI TAHUN 2024/2025

DSC 8821 DSC 8887 DSC 8925
DSC 8930 DSC 8953 DSC 9018
DSC 8986 DSC 9066 DSC 9070
DSC 9079 DSC 9096 DSC 9102
DSC 9112 DSC 9114 DSC 9151

 

KUANTAN, 28 Feb 25 – Jawatankuasa Sukan Pangkalan telah melaksanakan Majlis Perasmian Penutup dan Pembukaan Pertandingan Sukan Antara Seksyen Pangkalan Udara Kuantan bagi Tahun 2024/2025 bertempat di Hangar No 10 Skuadron.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Perwira Di Angkasa dan diteruskan dengan persembahan seni pertahan diri silat dan muay thai. Turut diadakan sukaneka 3 penjuru antara Wisma Perwira, Wisma Bintara dan Wisma Ahli Udara, serta penyertaan dari ahli BAKAT Udara dan juga Tadbir Awam.

Gimik perasmian penutup dan pembukaan Pertandingan Sukan Antara Seksyen 2024/2025 telah disempurnakan oleh Pemangku Komander Pangkalan, Lt Kol Md Rizam bin Ahmad TUDM. Beliau turut menyampaikan piala pusingan bagi johan keseluruhan sukan antara seksyen 2024 kepada Cawangan Kejuruteraan.

Selain itu, beliau turut menyampaikan sijil kecemerlangan sukan kepada pegawai dan anggota yang telah mengharumkan nama Pangkalan Udara Kuantan dalam Pertandingan Sukan Antara Pangkalan 2024 serta mewakili TUDM ke peringkat ATM.

Seluruh warga pangkalan mengucapkan tahniah kepada pegawai dan anggota yang telah merangkul pelbagai pencapaian dalam sukan sepanjang tahun 2024.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer