![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
GONG KEDAK, 27 Februari 2025 - Bertempat di Rumah BAKAT, Pangkalan Udara Gong Kedak, Majlis Bacaan Yassin Menyambut Ramadhan, Pembukaan Aktiviti BAKAT Bagi Tahun 2025 dan Penyerahan Hadiah Anak Pertama di PU Gong Kedak telah dianjurkan oleh Biro Agama dan Pendidikan bersama Biro Kebajikan BAKAT PU Gong Kedak.
Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin yang dipimpin oleh Puan Siti Rahayu binti Haji Mohd Yusoff. Setelah selesai bacaan Yassin, Pengerusi BAKAT Pangkalan, Puan Madihah binti Murad telah menyempurnakan upacara penyerahan hadiah bagi kelahiran Anak Pertama di Pangkalan Udara Gong Kedak. Majlis pada hari ini telah di akhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai.
Semoga dengan majlis yang telah dianjurkan ini dapat mengukuhkan lagi ukhwah dan silaturrahim dikalangan semua ahli BAKAT pangkalan.