KUCHING, 23 Apr 24 – Program Road Show Task Force Perisai Wira ATM telah diadakan di Dewan Sri Angkasa, Pangkalan Udara Kuching pada 23 April 2024. Program ini bertujuan memberi penerangan dan penjelasan tentang bahaya ancaman ekstremisme, radikalisme dan terorisme serta mewujudkan kesedaran di kalangan semua warga Pangkalan tentang bahaya ancaman tersebut kepada keselamatan ATM dan Negara. Program telah dihadiri oleh Komander Pangkalan, Kolonel Baharin bin Mohamad TUDM, Eksekutif Pangkalan dan semua peringkat pegawai dan anggota.
Syarahan bertajuk Ancaman Ekstremisme, Radikalisme dan Terorisme Kepada Keselamatan ATM telah disampaikan oleh Leftenan Kolonel Erwandy bin Basrom, Ketua Task Force Perisai Wira, Malaysian Defence Intelligence Organisation (MDIO). Syarahan bertajuk Keselamatan Siber juga turut disampaikan oleh Kapt Ahmad Ridzuan bin Razali TUDM dari Direktorat Peperangan Informasi, MDIO yang memberi penerangan berkenaan ancaman keselamatan siber terutamanya kepada anggota TUDM.