SENDAYAN, 23 Apr 24 - Markas Rejimen TUDM telah menganjurkan Kursus Crime Scene First Responder Siri 1/24. Kursus yang dijalankan selama (3) tiga hari bermula pada 23-25 April 24 telah dihadiri seramai 20 peserta terdiri daripada (7) tujuh pegawai dan 13 anggota dari keseluruhan Skn/Flt HANDAU.
Objektif kursus yang dilaksanakan adalah memberi pendedahan kepada peserta semasa membuat penugasan HANDAU dalam aspek Pertahanan Darat dan Keselamatan Fizikal tanpa mengganggu bukti kesan jenayah di Tempat Kawasan Jenayah serta tatacara langkah-langkah keselamatan pengawasan kawalan TKJ dan eksibit yang melibatkan aspek perundangan. Kursus yang dijalankan telah dibimbing oleh penceramah dan jurulatih jemputan dari Cawangan Provos Marsyal TUDM.
Sepanjang kursus yang dijalankan, kesemua peserta telah dilatih dan dinilai dalam latihan pratikal berkenaan tindakan awal anggota HANDAU dalam tatacara pengendalian eksibit semasa penugasan, tatacara tinjauan kawasan dan tempat jenayah yang berlaku di dalam pangkalan agar penyiasatan selanjutnya oleh Pegawai Penyiasat berjalan dengan lancar.
Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Ketua Staf Operasi Keselamatan Markas Rejimen TUDM, Lt Kol Norazan bin Md Amin TUDM. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua penuntut kerana telah berjaya menamatkan kursus. Beliau juga mengharapkan agar kesemua penuntut mengaplikasikan ilmu yang telah diperolehi di pasukan kelak. Kepakaran dan pengetahuan yang dimiliki ini seharusnya dipertingkatkan dari masa ke masa agar tahap kompetensi Pegawai dan anggota HANDAU berada di tahap yang tinggi.