SUBANG, 22 Apr 24 - Pangkalan Udara Subang telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Dewan Ababil. Majlis ini telah dihadiri oleh warga Pangkalan dan Unit-Unit Lodjer beserta keluarga.
Turut hadir Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Masro bin Kaliwon TUDM; Ketua Staf Markas Pemerintahan Operasi Udara, Mej Jen Norli Hisham bin Alwi TUDM serta beberapa Pegawai Kanan TUDM bersama keluarga.
Majlis ini diserikan dengan sumbangan Aidilfitri kepada 14 anggota Pangkalan daripada Tabung Kebajikan TUDM dan turut dimeriahkan dengan persembahan oleh Badan Kesenian Tentera Udara (BKTU).