MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUP LATIHAN INDUKSI OPERATOR HUMAN MACHINE INTERFACE (HMI) SIRI 7/24

WhatsApp Image 2024 12 02 at 153409 WhatsApp Image 2024 12 02 at 153408 WhatsApp Image 2024 12 02 at 153406
WhatsApp Image 2024 12 02 at 153407 WhatsApp Image 2024 12 02 at 153407 1 WhatsApp Image 2024 12 02 at 153409 1

 

SEPANG, 21 Nov 24 – Joint Airspace Management and Coordination Centre (JAMCC) Sepang telah melaksanakan Latihan Induksi Operator Human Machine Interface (HMI) Siri 7/24 bertempat di Main Operation Room (MOR), Kuala Lumpur Air Traffic Control Centre (KLATCC).

Latihan ini dilaksanakan untuk pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang baru bertukar masuk ke JAMCC Sepang. Majlis penutup ini telah disempurnakan oleh Ketua Cawangan Kawal dan Lapor JAMCC Sepang, Lt Kol Mohd Shafriz bin Othman TUDM.

Seramai tujuh(7) orang penuntut latihan induksi terdiri daripada Cawangan Kawal dan Lapor dan Cawangan Kawalan Lalulintas Udara telah berjaya menamatkan latihan induksi dengan jayanya yang berlangsung selama empat(4) hari.

Objektif latihan induksi ini bertujuan agar para pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang baru bertukar masuk mahir dan terlatih dalam mengendalikan sistem HMI bagi memastikan tugas dan tanggungjawab operasi dapat dilaksanakan dengan betul dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer