PROGRAM MAJOR FIRE DRILL PERINGKAT TERMINAL PELURU 1 BAGI TAHUN 2023

1 2 3
4 5 6

 

KUANTAN, 27 Nov 23 – Terminal Peluru 1 (TP 1) telah mengadakan Program Major Fire Drill dengan kerjasama dari Cawangan Bomba PU Kuantan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Taman Tas, Skn 213 Handau dan 815 RSAT yang bertempat di Bangunan Igloo 6 TP 1. Program ini diadakan bertujuan melatih kesiapsiagaan anggota sekiranya menghadapi kejadian kebakaran di kawasan bahaya TP 1. Ia juga bertujuan memastikan pasukan penyelamat serta unit-unit yang terlibat dapat menjalankan tugas dengan lebih efisyen dimasa akan datang.

Latihan ini terbahagi kepada (4) peringkat dimana pada peringkat pertama rondaan anggota bertugas dan kejadian kebakaran dimaklumkan, peringkat kedua roll call dan pergerakan ke tempat kejadian, peringkat ketiga latihan menyelamat dan memadam kebakaran dan peringkat keempat adalah penutup.

Program kali ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dengan penglibatan dari setiap agensi yang memainkan peranan masing-masing dan mematuhi prosedur keselamatan yang telah ditetapkan.

Penyerahan cenderahati telah disempurnakan oleh Mej Nor Ismail bin Othman TUDM Ketua TP 1 kepada PBK I Mohd Khairul Tajumi bin Abdul Hamid Penyelia Pasukan Tim JBPM Taman Tas disaksikan oleh Mej Azmi bin Abdul Khahar TUDM Ketua Cawangan Bomba. Turut hadir Mej Mohd Fazley bin Arshad TUDM Base Safety Officer (BSO) sebagai penilai ke atas proses latihan menyelamat/memadam kebakaran.