PROGRAM LARIAN RMAF 10 KM CHALLENGE DAN 3 KM FUN RUN PANGKALAN UDARA GONG KEDAK

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12
13 14 15
16 17

 

GONG KEDAK, 1 Ogos 25 - Pangkalan Udara Gong Kedak telah menyahut seruan Panglima Tentera Udara dengan menganjurkan Program Larian RMAF 10 km Challenge dan 3 km Fun Run.

Sebelum acara larian dimulakan, Komander Pangkalan, Kol Mohd Norazan bin Othman TUDM telah merasmikan Program Larian RMAF 10 km Challenge dan 3 km Fun Run yang bertempat di Padang Bola Sepak PU Gong Kedak bersaksikan dianggarkan seramai 658 peserta daripada semua lapisan Pegawai dan Anggota PU Gong Kedak serta 447 keluarga yang mengambil bahagian dalam acara larian ini.

Acara diteruskan dengan sesi pemanasan badan, senamrobik dan pemberian taklimat oleh Jurulatih Jasmani Pangkalan berkaitan laluan larian dan langkah keselamatan yang perlu dititikberatkan sebelum memulakan larian. Petugas kesihatan daripada RSAT pangkalan juga dalam keadaan bersiap siaga bagi memberi bantuan kecemasan sekiranya perlu. Kesemua peserta larian menamatkan acara dalam keadaan baik dan tiada laporan kecederaan sepanjang aktiviti dilaksanakan.

Selesai program larian, para peserta dan warga PU Gong Kedak telah disajikan dengan jamuan ringan dan pelbagai booth yang menarik antaranya booth showroom kenderaan seperti Proton, Perodua dan Mitsubishi, booth Tabung Haji, PTPTN, dan booth pelbagai vendor makanan dan minuman. Ybhg Komander turut mengambil kesempatan dengan melawat ke booth yang telah disediakan. Acara juga diserikan dengan persembahan daripada kanak-kanak Tabika Kemas PU Gong Kedak.

Seterusnya, acara diteruskan lagi dengan penyampain hadiah bagi pemenang-pemenang kategori yang dipertandingkan. Bagi kategori 10 KM Challenge Lelaki telah diungguli oleh PW U II Mohd Fadli bin Mohd Samri dengan cacatan masa 36 minit 57 saat. Manakala bagi kategori 10 KM Challenge Wanita telah dimenangi oleh Lt Pojaa Deevi a/p Kumaravel dengan cacatan masa 53 minit 13 saat. Bagi Kategori 3 KM Fun Run Bakat dimenangi oleh Pn Nurul Syazliyana binti Arifin dengan catatan masa 21 minit 23 saat.

Bagi mengakhiri majlis, Komander Pangkalan dijemput untuk menyampaikan ucapan. Beliau menyatakan, objektif utama bagi penganjuran acara sukan ini adalah untuk memupuk budaya gaya hidup sihat dalam kalangan warga TUDM. Selain itu, perlaksanaan pertandingan sebegini juga telah dapat mewujudkan budaya persaingan secara sihat serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim diantara warga PU Gong Kedak. Komander Pangkalan turut mengingatkan kepada semua warga pangkalan untuk memastikan taraf kesihatan sentiasa baik dan kepentingan work life balance dalam kehidupan harian. Beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada semua pemenang RMAF 10 km Challenge dan peserta 3 km Fun Run.

Syabas dan tahniah buat seluruh warga PU Gong Kedak. Diharapkan penganjuran sebegini dapat menjadi acara tahunan selain dapat memupuk budaya sihat di kalangan warga anggota TUDM dan melahirkan benteng pertahanan yang sihat dan bertenaga.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN