![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUANTAN, 1 Ogos 2025 - Sel Pementoran INSPRA telah mengkoordinasikan sesi taklimat dan perbincangan berkaitan "Salah Laku Perikemanusiaan dan Penganiayaan Tubuh Badan" di Auditorium Sekolah Bomba dan Menyelamat, INSPRA.
Taklimat ini telah disampaikan oleh Mej Qamarul Arifin bin Rose Bahaudin TUDM, Pegawai Pementoran INSPRA dan dihadiri oleh Ketua Jurulatih Latihan, Lt Kol Sharidan bin Nemad TUDM di samping wakil Ketua-Ketua Sekolah serta lebih kurang 140 jurulatih, staf bantuan dan Peserta Kursus.
Para hadirin turut mengambil bahagian dalam perbincangan yang dijalankan merangkumi jenis-jenis buli, kaedah mengenal pasti ciri-ciri pembuli dan mangsa buli, hukuman yang dikenakan kepada pesalah kes buli, serta inisiatif-inisiatif TUDM dan INSPRA dalam membendung kes buli serta ragging.
Pada masa yang sama, Sekolah Kawalan Pertahanan Udara (SKPU) turut menjalankan aktiviti serupa di mana Mej Mohd Sani bin Zakariya TUDM telah membimbing sesi perbincangan dan pembentangan secara berkumpulan.
Diharapkan usaha ini berjaya menyuntik kesedaran individu dalam kalangan warga INSPRA tentang kepentingan membanteras aktiviti buli seterusnya mewujudkan komuniti yang sihat dan sejahtera tanpa unsur buli.