![]() |
![]() |
![]() |
GONG KEDAK, 31 Julai 2025 - Majlis Penyerahan Sumbangan Kebajikan dari warga pangkalan telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Kol Mohd Norazan bin Othman TUDM di Markas Pangkalan Udara Gong Kedak.
Penerima sumbangan merupakan ibu mertua kepada Fsjn Hassan Basri Bin Omar yang bertugas di Cawangan Material. Takziah diucapkan diatas insiden kebakaran rumah yang berlaku pada 8 Julai 2025 yang lalu.
Dikesempatan ini juga, Pengerusi Bakat, Puan Madihah binti Murad turut hadir bagi menyantuni penerima sumbangan dan menyampaikan sumbangan bagi pihak Bakat Pangkalan.
Dengan harapan sumbangan yang disampaikan ini dapat meringankan beban beliau dan melahirkan tanda keperihatinan TUDM dalam menjaga kebajikan warganya. Turut hadir menyerikan majlis adalah semua barisan eksekutif pangkalan.