PROGRAM LARIAN RMAF 10 KM CHALLENGE DAN 3 KM FUN RUN PANGKALAN UDARA GONG KEDAK

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

GONG KEDAK, 27 Feb 24 - Pangkalan Udara Gong Kedak (PUGK) menganjurkan Program Larian RMAF 10 km Challenge dan 3 km Fun Run. Seramai 795 Pegawai dan Anggota PUGK telah menyertai Larian RMAF 10 km Challenge. Manakala, 3 km Fun Run telah disertai seramai 618 orang yang terdiri daripada staf awam PUGK, pekerja ATSC, Ahli Bakat dan ahli keluarga warga PUGK.

Larian dimulakan dengan acara perasmian oleh Komander Pangkalan, Kol Mohd Faizal bin Abu Bakar TUDM dan disertai aktiviti pemanasan badan serta taklimat larian oleh Jurulatih Jasmani Pangkalan di Padang Bola Sepak Pangkalan.

Peserta juga diberi taklimat tentang langkah keselamatan yang perlu dititikberatkan sebelum memulakan larian. Petugas kesihatan daripada RSAT Pangkalan turut di dalam keadaan siap siaga bagi memberi bantuan kecemasan sekiranya perlu.

Seusai tamat program larian, semua peserta dan warga PUGK telah disajikan dengan jamuan ringan dan persembahan-persembahan kebudayaan seperti dikir barat, silat, tarian singa serta zumba dance dari anak-anak Taska PUGK.

10 11 12
13 14 15
16 17 18

 

Di samping itu, program juga diselitkan dengan acara cabutan bertuah dan penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang kategori yang telah dipertandingkan. Bagi kategori 10 KM Challenge Lelaki, juara larian dengan catatan masa 38 minit 47 saat digondol oleh PW U II Mohd Fadli bin Mohd Samri. Manakala bagi kategori 10 KM Challenge Wanita telah dimenangi oleh Lt Pojaa Deevi a/p Kumaravel dengan catatan masa 54 minit 24 saat.

Program ditamatkan dengan ucapan penutup oleh Komander Pangkalan. Dalam ucapan penutup, beliau telah menyatakan bahawa objektif utama penganjuran acara sukan ini adalah untuk memupuk budaya gaya hidup sihat dalam kalangan warga TUDM. Selain itu, perlaksanaan pertandingan sebegini juga telah dapat mewujudkan budaya persaingan secara sihat serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim diantara warga PU GK. Komander Pangkalan turut mengingatkan kepada semua warga pangkalan untuk memastikan taraf kesihatan sentiasa baik dan kepentingan work life balance dalam kehidupan harian. Beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada semua pemenang RMAF 10 km Challenge dan peserta 3 km Fun Run.

Syabas dan tahniah buat semua AJK Program yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Penganjuran larian 10 km Chalenge ini merupakan acara tahunan TUDM untuk terus mengekalkan benteng pertahanan yang sihat dan bertenaga.