SUBANG, 27 Feb 24 – Pangkalan Udara Subang di bawah kelolaan Pegawai Keselamatan Pangkalan, Mej Sukri bin Sarjeng TUDM serta Base Safety Committee telah berjaya melaksanakan satu latihan Pre- Accident Plan (PAP) On Base dan latihan kebakaran bagi tahun 2024 bertempat di Hanger E.
Latihan pada kali ini melibatkan proses evakuasi 2 x pesawat KA3501i dan proses menyelamatkan 04x mangsa kebakaran. Latihan ini, melibatkan Skn 211 HANDAU, 819 RSAT, Cawangan Bomba, Cawangan Operasi serta Pasukan Bomba Pangkalan bagi menjadikan Latihan ini lebih berkesan dari segi prosedur dan tugas menyelamat.
Tujuan utama latihan Pre Accident Plan (PAP) dan latihan kebakaran ini dilaksanakan adalah untuk memastikan serta menguji kecekapan Pasukan Penyelamat TUDM yang terlibat jika kemalangan sebenar berlaku selaras dengan pengarahan yang ditetapkan dalam PU1210 – 002 2nd Editio Pre – Accident Plan (PAP) dan PU 1204-012 2nd Edition Perintah Kebakaran PU Subang. Setiap unit penyelamat TUDM akan dinilai oleh penilai yang telah dilantik bagi memastikan mereka mengikut senarai semak PAP Pangkalan Udara Subang yang telah ditetapkan.
Senario yang dipilih pada tahun ini simulasi kecemasan dan kecelakan kebakaran di Hanger E yang melibatkan proses evakuasi 2 x pesawat KA2501i dan proses menyelamat mangsa kebakaran. 2 x pesawat diparkir dalam Hanger E selepas last flight of the day dan pintu hanger ditutup, Kebakaran tercetus dari bilik rehat berpunca dari short circuit. Kebakaran mula merebak sehingga pejabat ground support hanya disedari setelah asap berkepul, Cawangan Bomba dan BCC menerima laporan kebakaran di Hanger E. Kesemua anggota yang bertugas di Hanger E berkumpul di assembly area. Terdapat 2 x ground crew telah mengalami kecederaan parah dan pengsan dan 2 x staf operasi pengsan di pejabat operasi. Manakala 2 x pesawat yang berada di dalam hanger di keluarkan ke kawasan dispersal.
Komander Pangkalan, Kol Yusri bin Jamari TUDM juga turut hadir sebagai On Scene Commander bagi melihat kecekapan pasukan keselamatan PU Subang ketika melaksanakan tugas menyelamat.
Dalam ucapan penutup Komander Pangkalan, beliau menjelaskan bahawa latihan sebegini sewajarnya dilaksanakan untuk memastikan semua bersiap sedia sekiranya berlaku kejadian yang sebenar. Latihan ini juga dapat dilihat sebagai satu platform untuk meningkatkan tugas menyelamat dengan lebih efektif dan efisien. Beliau turut menyampaikan penghargaan diatas bantuan yang diberikan oleh semua yang terlibat dalam menjayakan latihan ini.