IPOH, 23 Feb 22 - Komandan Akademi Tentera Udara (ATU), Kol Junairi bin Baharom TUDM telah meluangkan masa untuk menghadiri Ceramah Kesedaran Integriti anjuran Sel Integriti ATU bertempat di Auditorium Nuri, Akademi Tentera Udara. Bagi program kali ini, ianya telah dilaksanakan dengan bantuan penceramah dari Unit Integriti KEMENTAH serta kumpulan sasar terdiri dari kalangan Pegawai dan PTTK ATU.
Penceramah yang terlibat ialah En Zainuddin bin Hussin selaku Ketua Unit Integriti dan Datin Nur Diyana binti Muhammad Isror, Ketua Penolong Setiausaha Seksyen Tatatertib. Ceramah ini bertujuan bagi memberi pendedahan berkenaan kepentingan integriti dan pada masa yang sama memperkasakan pengetahuan serta pemahaman berkaitan integriti kepada warga ATU.