MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN BENCANA BANJIR TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA ZON TENGAH

photo 2022 02 23 18 08 57 photo_2022-02-23_18-08-00.jpg photo 2022 02 23 18 08 54
photo 2022 02 23 18 09 00 photo 2022 02 23 18 09 02 photo 2022 02 23 18 09 04
photo 2022 02 23 18 09 05 photo 2022 02 23 18 09 15 photo 2022 02 23 18 09 12

 

SUBANG, 23 Feb 22 - Pangkalan Udara Subang telah diamanahkan untuk mengkoordinasikan Majlis Penyampaian Bantuan Bencana Banjir Tentera Udara Diraja Malaysia Zon Tengah bertempat di Dewan Ababil, PU Subang. Penerima-penerima sumbangan merupakan Pegawai dan Anggota TUDM dari pelbagai unit yang kediaman mereka telah terjejas akibat bencana banjir di Negeri Selangor dan Melaka.

Pada majlis ini, seramai 31 penerima anggota yang telah berkahwin telah menerima sumbangan wang tunai RM 1,500 iaitu RM 1,000.00 daripada Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) dan RM 500 daripada Kementerian Pertahanan Malaysia. Selain itu, penerima turut menerima kotak sumbangan barangan keperluan asas sumbangan BAKAT dan BAKASA serta barangan elektrik sumbangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) berupa peti ais, dapur gas, periuk nasi elektrik dan cerek elektrik.

Manakala seramai (5) lima penerima anggota bujang telah menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM 500.00 daripada Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) dan kotak sumbangan barangan keperluan asas sumbangan BAKAT dan BAKASA.

Manakala seramai (2) dua penerima iaitu anggota yang bertugas di MATM telah menerima kotak sumbangan barangan keperluan asas sumbangan BAKAT dan BAKASA. Sebagai makluman, anggota tersebut telah menerima bantuan wang tunai dan barangan elektrik semasa majlis penyampaian sumbangan bantuan banjir di peringkat MATM pada 27 Jan 22 yang lalu.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Staf Markas Pemerintahan Operasi Udara, Mejar Jeneral Mahadzer bin Amin TUDM telah mewakili Panglima Operasi Udara. Majlis pada hari ini juga turut dihadiri oleh Asisten Ketua Staf Tadbir, Komander Pangkalan Udara Subang, Pegawai-pegawai Memerintah Unit anggota yang terkesan banjir serta Pegawai dan Anggota daripada PU Subang.

Semoga bantuan ini sedikit sebanyak membantu keluarga-keluarga yang terkesan dengan musibah banjir.