SUBANG, 24 Feb 22 - Ketua Pengarah DGTA, Brig Jen Ir Nordin bin Abdul Ghani TUDM telah menerima kunjungan daripada Juruiring Yang di-Pertuan Agong, Brig Jen Dato' Mohamed Zahari bin Dato' Hj. Yahya TUDM bertempat di DGTA, hari ini.
Kunjungan tersebut adalah sebagai kunjungan “comradeship” terhadap Brig Jen Ir Nordin bin Abd Ghani TUDM yang baru dilantik sebagai Ketua Pengarah DGTA pada 23 Jan 22. Dalam pertemuan ini, Brig Jen Dato' Mohamed Zahari bin Dato' Hj Yahya TUDM selaku “Senior Engineer” telah memberikan kata-kata nasihat dan panduan bagi mengukuhkan peranan dan fungsi DGTA sebagai “Technical Airworthiness Authority” disamping mengukuhkan lagi silaturahim di antara Pegawai Kejuruteraan TUDM.