PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT AKADEMI TENTERA UDARA

IMG 20230524 WA0065 IMG 20230524 WA0064 IMG 20230524 WA0062
IMG 20230524 WA0060 IMG 20230524 WA0059 IMG 20230524 WA0061

 

IPOH, 18 Mei 23 - Perpustakaan Akademi Tentera Udara (ATU) dengan Kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak telah melancarkan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit bertempat di Dewan Rajawali, Akademi Tentera Udara. Program ini adalah sebagai salah satu aktiviti sempena Bulan Membaca Akademi Tentera Udara yang berlangsung mulai 18 Mei sehingga 18 Jul 23.

Program yang dirasmikan oleh Lt Kol Mohamad Zumairi bin Abdullah TUDM, Ketua Cawang Tadbir selaku wakil Komandan ini telah dihadiri seramai 570 peserta yang terdiri daripada seluruh warga akademi termasuk kakitangan awam, ahli BAKAT serta Perajurit Muda Udara Siri 66/23. Turut hadir bersama adalah Puan Rafidah binti Abdul Aziz, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak serta kakitangan mereka.

Program tahunan ini merupakan acara yang perlu dilaksanakan secara serentak di seluruh negara sebagaimana yang telah dilaksanakan Akademi Tentera Udara pada setiap tahun. Acara seumpama ini mendapat sokongan penuh kepimpinan akademi ditunjangi oleh Kol Junairi bin Baharom TUDM selalu Komandan. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan tabiat membaca dalam kalangan warga Akademi dan seterusnya menjadikan membaca sebagai salah satu daripada gaya hidup anggota ATM serta warga setempat.