MENDIANG MEJAR HENDRINRAJ A/L PULVENDIRAN TUDM SELESAI DISEMADIKAN

WhatsApp Image 2023 05 18 at 115904 WhatsApp Image 2023 05 18 at 115906 WhatsApp Image 2023 05 18 at 115908
WhatsApp Image 2023 05 18 at 115910 WhatsApp Image 2023 05 18 at 121907 WhatsApp Image 2023 05 18 at 121908
WhatsApp Image 2023 05 18 at 121909 WhatsApp Image 2023 05 18 at 121911 WhatsApp Image 2023 05 18 at 121913 1

 

Mendiang Mejar Hendrinraj a/l Pulvendiran TUDM telah selesai disemadikan di Tanah Perkuburan Kristian Sendayan, hari ini. Mendiang Mejar Hendrinraj a/l Pulvendiran TUDM telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 16 Mei 2023.

Urusan pengebumian secara tradisi ketenteraan sebagai tanda penghormatan atas jasa berkhidmat untuk negara dibantu oleh pihak Pangkalan Udara Sendayan dan Pangkalan Udara Gong Kedak. Kira kira jam 7 pagi, kumpulan pengusung tiba di rumah keluarga mendiang di Kampung Vision Homes Seremban 2, Seremban kemudiannya dibawa ke Church of The Visition, Seremban untuk penghormatan terakhir oleh keluarga dan rakan. Seterusnya mayat mendiang dibawa ke Tanah Perkuburan Kristian Sendayan.

WhatsApp Image 2023 05 18 at 121914 WhatsApp Image 2023 05 18 at 121915 WhatsApp Image 2023 05 18 at 121916
WhatsApp Image 2023 05 18 at 121913 WhatsApp Image 2023 05 18 at 121917 WhatsApp Image 2023 05 18 at 121918

 

Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Zahani bin Zainal Abidin TUDM mewakili Panglima Tentera Udara telah menyantuni keluarga mendiang dan turut memberikan penghormatan terakhir semasa di tanah perkuburan. Beliau turut menyampaikan sumbangan dan menyempurnakan penyerahan bendera TUDM kepada isteri mendiang, Puan Ann Linda Henry sebagai menzahirkan penghormatan serta penghargaan atas jasa mendiang berkhidmat untuk TUDM khususnya dan negara amnya. Turut hadir memberikan penghormatan ialah Komander Pangkalan Udara Sendayan, Kol Ahmad Rashidi bin Ithnin TUDM, serta pegawai-pegawai kanan TUDM, pegawai dari Pangkalan Udara Gong Kedak dan No 12 Skn. Urusan pengebumian selesai kira kira jam 3 petang.

Seluruh warga TUDM turut mengucapkan belasungkawa kepada ahli keluarga mendiang Mejar Hendrinraj a/l Pulvendiran TUDM. Semoga mereka tabah dan bersabar menerima ujian kehilangan insan yang disayangi.