SENDAYAN, 25 Mei 23 - Cawangan Provos Marsyal TUDM telah berjaya melaksanakan Kursus Kemahiran Fotografi Di Tempat Kejadian Jenayah melalui jalinan kerjasama dengan Bahagian Bantuan Teknik Jabatan Siasatan Jenayah (D6) Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kursus ini telah dijalankan pada 23 hingga 25 Mei 2023 bertempat di Cawangan Provos Marsyal TUDM. Kursus ini melibatkan 17 anggota LLP yang terdiri dari anggota CPM TUDM dan CPJ Zon.
Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta kursus mengenai teknik-teknik fotografi yang melibatkan Tempat Kejadian Jenayah (TKJ) seperti teknik merakam gambar, teknik penandaan dan lakaran skala di tempat kejadian jenayah. Selain itu kursus ini dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam menghasilkan gambar yang berkualiti sebagai pembuktian di peringkat pendakwaan.
Kursus ini juga secara tidak langsung meningkatkan kemahiran penggunaan kamera di lapangan.
Peserta kursus diajar untuk menjalankan rakaman gambar waktu malam yang dikenali sebagai teknik BLUB. Teknik ini membenarkan pengambaran boleh dibuat dengan menggunakan cahaya sedia ada disekitarnya. Kemahiran memfigurasi 3 elemen utama iaitu APERTURE (Mengawal kemasukan cahaya), SHUTTER SPEED (Mengawal kemasukan cahaya) dan ISO (Kepekaan pada cahaya) yang betul dalam mendapatkan hasil rakaman yang terbaik.
Tugasan pratikal juga diberi kepada peserta seperti Rakaman Cap Jari (Close Up), Potrait (Medium Close Up), Lanskap (Wide Angle) dan Pergerakan (Freeze Motion). Peserta kursus turut bahagikan kepada 2 kumpulan bagi melaksanakan simulasi kes di TKJ dengan menerapkan semua elemen-elemen yang dipelajari sebagai prosedur tugas yang perlu dipatuhi bagi memelihara Intergriti dan keaslian imej digital yang diambil.
Ini adalah satu usaha untuk meningkatkan kualiti tugas anggota CPM TUDM terutamanya Pegawai Penyiasat untuk menjalankan siasatan di TKJ dengan lebih berkesan bagi rakaman eksibit pembuktian kes yang digunakan semasa pendakwaan. Seterusnya meningkatkan keberkesanan penyiasatan dan pengukuhan elemen pembuktian kes.
Semoga dengan ilmu yang diberikan dapat memanfaatkan semua peserta kursus dan dapat meningkatkan kecemerlangan organisasi CPM TUDM dan TUDM amnya.