MELAKA, 14 JUN 23 – Pusat Perkhidmatan Kejuruteraan Aerospace (PUSPEKA) di bawah naungan MTU-Kejuruteraan daripada Pangkalan Udara Subang telah melaksanakan Program Jiwa Murni di Sekolah Menengah Kebangsaan Pernu, Melaka.
Program yang diketuai oleh Mej Ir. Dr. Hj. Aziizur Rahman TUDM yang mewakili pengarah PUSPEKA, Kol Nornizam bin Kamarudin TUDM bersama tiga (3) pegawai dan 10 orang anggota LLP dimulakan dengan ceramah kerjaya ATM kemudian diikuti dengan pameran kerjaya serta pameran keupayaan PUSPEKA dalam menyediakan perhidmatan kejuruteraan yang efektif dan efisyen bagi mendokong pembangunan berterusan TUDM.
Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar berkenaan peluang kerjaya dalam ATM yang boleh diceburi setelah mereka menamatkan pengajian. Di samping itu, mereka juga telah diberi kesedaran dalam kepentingan menuntut ilmu demi masa depan yang lebih terjamin.