KURSUS KESEJAHTERAAN EMOSI, KELUARGA BAHAGIA SIRI 2/23 ZON TIMUR

DSC 5864 DSC 5934 DSC 5955
DSC 5993 DSC 6001 DSC 6015

 

KUANTAN, 15 Jun 23 - Markas Tentera Udara - Cawangan Perkhidmatan Seksyen Pengurusan Psikologi dan Kaunseling (SPP&K) telah menganjurkan Kursus Kesejahteraan Emosi, Keluarga Bahagia Siri 2/23 bertempat di Auditorium Sekolah Bomba dan Menyelamat INSPRA.

Kursus yang disampaikan oleh penceramah jemputan daripada agensi AKPK LPKKN Kuantan dan Kaunselor Persendirian ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pemahaman tentang pengurusan kesihatan mental, kewangan dan keluarga ke arah pembentukan kesejahteraan anggota, keluarga dan organisasi.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Eksekutif Pangkalan, Kol Zulkefli bin Hj Samsu Hadi TUDM.

Kursus dibahagikan kepada 3 modul iaitu kesihatan mental, keluarga dan kewangan. Kursus yang berlangsung selama sehari ini telah bermula sejak Mac dan dijangka berakhir pada Julai 2023 mengikut pecahan Zon. Peserta yang terlibat adalah merupakan dari kalangan pegawai dan anggota LLP dari zon timur yang merangkumi MAWILUD 1, PU Kuantan , PU Gong Kedak dan SLTT Bukit Ibam.

Sepanjang kursus, penceramah jemputan telah memberi pendedahan kepada para Pegawai dan anggota tentang faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan mental dan emosi seseorang serta kesan yang terjadi akibat gangguan tersebut. Penceramah turut berkongsi teknik pengurusan terbaik bagi menangani masalah kesihatan mental dan emosi ini dengan rujukan kepada pakar, sokongan daripada orang sekeliling dan pengurusan secara kendiri.