KUANTAN, 14 Jun 23 – Komandan Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA), Kol Mohd Shahfreen bin Baba TUDM telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus COMMO Siri 20/23, ACIC Siri 6/23, TIC-ATCA Siri 6/23, COMTAC Siri 26/23 dan BATCA Siri 53/23 serta mewakili Trade Master KLLU bagi upacara Pemakaian Lencana Ketukangan Pembantu Kawalan Trafik Udara (PKTU). Majlis tersebut telah dilaksanakan di Auditorium Sekolah Bomba dan Menyelamat.
Majlis ini telah dihadiri Ketua Jurulatih Latihan, Ketua-ketua Sekolah, Ketua-ketua Bahagian, Ketua Skuadron Bantuan Rejimen 881 PUTD serta barisan jurulatih dan staf INSPRA. Kursus COMMO Siri 20/23 telah berlangsung selama 11 minggu melibatkan 6 Pegawai, ACIC Siri 6/23 selama 7 minggu melibatkan 20 Pegawai, TIC-ATCA Siri 6/23 selama 5 minggu melibatkan 10 Anggota PTTK, COMTAC Siri 26/23 selama 12 minggu melibatkan 12 Anggota PTTR dan BATCA Siri 53/23 selama 16 minggu melibatkan 28 Anggota PTTR.
Penerima Anugerah Terbaik Keseluruhan bagi Kursus COMMO Siri 20/23 telah disandang oleh Kapt Muhammad Nizamuddin bin Mahmud TUDM manakala bagi Kursus ACIC Siri 6/23 disandang oleh Lt Muhammad Fadhil bin Mohammed TLDM. Untuk Kursus COMTAC Siri 26/23 Anugerah Terbaik keseluruhan disandang oleh LUK Muhammad Iqbal bin Ismail dan Penerima Anugerah Terbaik Teori, Amali dan Keseluruhan bagi Kursus BATCA Siri 53/23 telah disandang oleh LU II Nur Wahidah binti Adnan.
Objektif utama Kursus COMMO diadakan adalah bagi melatih pegawai dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk melaksanakan tugas-tugas sebagai Pegawai Komunikasi manakala Kursus COMTAC pula adalah bagi melatih anggota dari ketukangan K&L, PASKAU dan HANDAU dengan pengetahuan dan kemahiran untuk melakukan tugas komunikasi taktikal sebagai operator radio sewaktu operasi serta latihan. Objektif utama Kursus ACIC diadakan adalah bagi melatih pegawai dengan kemahiran dan pengetahuan berkaitan Air Battle Management and Command.
Selain itu, objektif utama Kursus TIC-ATCA diadakan adalah bagi melatih anggota PKTU kemahiran dan pengetahuan berkaitan kejurulatihan dalam bidang Kawalan Trafik Udara serta memberikan pendedahan kepada tugas dan peranan sebagai seorang jurulatih pada masa akan datang serta objektif utama bagi Kursus BATCA diadakan adalah bagi melatih anggota melaksanakan tugas-tugas asas di Bilik Operasi pangkalan sebagai Junior Operator Operation (JOO).
Pada majlis tersebut, Komandan telah mengambil kesempatan menyampaikan beberapa pesanan dan nasihat ketika ucapan penutup. Komandan menasihatkan agar budaya kecemerlangan sentiasa dipupuk didalam diri setiap Warga TUDM disamping sentiasa meningkatkan usaha dan keazaman untuk menjadi lebih maju jaya walau dimana jua kita berada. Selain itu, beliau turut menasihatkan agar budaya dan perbuatan buli, ragging, salah laku jenayah tubuh badan, gangguan seksual, peras ugut wang, pengambilan bahan terlarang seperti dadah, ketum, dan lain-lain serta judi termasuk judi atas talian, hendaklah dijauhi kerana ianya bukan sahaja boleh memalukan diri pelaku dan perkhidmatan, malah akan merosakkan masa depan warga TUDM dan masa depan negara.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta kursus yang berjaya menamatkan kursus dengan jayanya.