![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
GONG KEDAK, 21 Feb 25 – Pangkalan Udara Gong Kedak telah melaksanakan Program Jiwa Murni peringkat pangkalan di Pusat Komuniti Desa (PKD) Kampung Tok Has, Jerteh Terengganu.
Program ini melibatkan seramai 32 orang Pegawai dan orang anggota LLP serta 17 orang penduduk Kampung Tok Has. Program ini adalah kerjasama PUGK dan Pusat Komuniti Tok Has di bawah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah.
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah membersih dan mengecat pagar utama perimeter kompleks PKD Kampung Tok Has. Selain program Jiwa Murni, program ini juga dapat memberi contoh gambaran kepada pihak awam bahawa selain mempertahankan negara, TUDM sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama, sokongan dan bantuan kepada komuniti sekitar. Program ini juga dapat memupuk sahsiah diri dan semangat kerjasama yang baik di kalangan anggota selain dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga pangkalan dan komuniti setempat.
Program Jiwa Murni ini merupakan antara program bagi Empat Teras Civil Military Cooperation (CIMIC) di bawah Pelan Strategik MINDEF PSM. Program ini juga merupakan sebahagian daripada aktiviti melibatkan warga TUDM dalam operasi selain daripada peperangan – Military Operations Other Than War (MOOTW).
Dikesempatan ini, Pengurus Pusat Komuniti Kampung Tok Has, Encik Ahmad Suazli bin Muhamed telah memberikan cenderahati kepada Ketua Cawangan Tadbir, Lt Kol Ts. Mizi bin Hussin TUDM selaku wakil kepada pihak pangkalan sebagai penghargaan kepada pihak PUGK yang telah melaksanakan Program Jiwa Murni ini dengan jayanya. Pihak pangkalan mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk dan kariah Kampung Tok Has kerana sudi menerima kehadiran warga Pangkalan dan turut serta menjayakan program yang telah dirancang.