PROGRAM JIWA MURNI CAWANGAN KEJURUTERAAN PANGKALAN UDARA KUANTAN

DSC 8551 DSC 8555 DSC 8595
DSC 8604 DSC 8623 DSC 8632
DSC 8673 DSC 8697 DSC 8705

 

KUANTAN, 21 Feb 25 – Cawangan Kejuruteraan Pangkalan Udara Kuantan telah melaksanakan Program Jiwa Murni bertempat di Surau Bukit Rangin Perdana 2, hari ini.

Program Jiwa Murni diketuai oleh Mej Muhammad Faiser bin Mat Ali TUDM ini dijalankan bagi merapatkan hubungan TUDM bersama masyarakat setempat bagi menjamin keharmonian dan keselamatan negara. Selain itu, ia juga untuk menanam kepercayaan masyarakat bahawa tentera akan bersama membantu masyarakat walau dalam apa keadaan sekali pun.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah mengecat bahagian luar surau, membersihkan longkang, tandas dan kolah surau serta membersihkan kawasan luar surau agar lebih kemas dan teratur.

Semoga program ini dapat memberikan keselesaan kepada ahli kariah Bukit Rangin Perdana 2 untuk beribadah dengan persekitaran yang lebih kondusif.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer