![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
PULAU LANGKAWI, 20 FEB 25 – Berlangsungnya Mesyuarat Main Planning Conference (MPC) SAREX LIMA`25 selama dua hari bermula 19 hingga 20 Februari 2025 bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Eksesais Bersama Lt Kol Bahaizil Nazim bin Mohd Bakar TUDM dan Encik Muhammad Nazri bin Nayan (CAAM).
Objektif utama mesyuarat ini adalah bagi memastikan pelaksanaan SAREX LIMA`25 berlangsung dengan lancar dan untuk mendapatkan keputusan sebulat suara daripada semua pihak agensi yang terlibat. Hasil daripada tinjauan dan penilaian ADSC LIMA`25, ADC LIMA`25 dan SAREX LIMA`25 pada dua hari sebelumya juga diangkat dalam mesyuarat ini bagi mengemaskini SOP JRSC Langkawi sebelum dihantar kepada bahagian perundangan TUDM Dan CAAM.