MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUP KURSUS JURULATIH KAWAD PASUKAN SIRI 86/25

1 2 3
4 5 6

 

IPOH, 21 Februari 2025– Sekolah Kawad dan Istiadat (SKI) telah melaksanakan Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Jurulatih Kawad Pasukan (JLKP) Siri 86/25 yang telah disempurnakan oleh Komandan Akademi Tentera Udara, Kol Rafiddee bin Dollah TUDM bertempat di Dewan Rajawali, Akademi Tentera Udara (ATU), Ipoh.

Kursus Jurulatih Kawad Pasukan Siri 86/25 telah bermula pada 6 Jan 25 sehingga 21 Feb 25 dan dihadiri seramai 30 pelatih yang terdiri daripada tiga belas (13) PTTK dan tujuh belas (17) PTTR. Kursus ini bertujuan melatih dan melengkapkan anggota sebagai jurulatih dalam bidang kawad dan berkemampuan menjadi Jurulatih Kawad Pasukan. Sepanjang 7 minggu kursus, pelatih kursus telah didedahkan dengan 3 Modul iaitu Sifat Keperibadian Jurulatih Kawad, Kawad (Kawad Kaki, Kawad Senjata, Kawad Tongkat Penyukat dan Mengawadkan Skuad), serta Pengetahuan Am Istiadat.

Komandan ATU dalam ucapan beliau mengucapkan tahniah kepada semua pelatih kursus di atas kejayaan mereka kerana telah melengkapkan kursus dalam bidang kejurulatihan yang melayakkan mereka bergelar Jurulatih Kawad Pasukan. Beliau turut menitipkan harapan semoga semua penuntut kursus dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi dan terus gigih menambah pengetahuan serta pengalaman dengan mengikuti kursus-kursus kejurulatihan yang lain sebagai persediaan penugasan di pusat-pusat latihan TUDM.

Penerima Anugerah Keseluruhan Terbaik bagi Kursus Jurulatih Kawad Pasukan Siri 86/25 telah disandang oleh 723682 Kpl U Mohd Asyran bin Rukni dari PU Jugra manakala Penuntut Kawad Terbaik disandang oleh 730825 Kpl U Mohamad Nabil Imran bin Hang Tuah dari PALAPES UMPSA dan Penuntut Akademik Terbaik disandang oleh Kpl U Jakry Pindeh dari INSTAR.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Ketua-ketua Cawangan, Ketua-ketua Sekolah, barisan pegawai, PW Akademi dan barisan Jurulatih SKI. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penuntut Kursus JLKP Siri 86/25 kerana telah menamatkan kursus dengan jayanya.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer