KUANTAN, 9 Jun 22 – Pangkalan Udara Kuantan dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Tengku Ampuan Afzan, (HTAA) Kuantan dan Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan telah menjayakan Program Derma Darah dan Saringan Kesihatan sempena Hari Ulang Tahun TUDM Ke-64 yang diadakan di Dewan Sri Angkasa.
Tujuan program diadakan adalah bagi membantu menampung bekalan darah di Tabung Darah HTAA dengan menyasarkan sebanyak 300 pints darah serta mempromosikan gaya hidup sihat untuk warga pangkalan.
Turut diadakan dalam program ini ialah Ceramah Kesihatan bertajuk ‘Behavioural Problem’ dalam kalangan kanak-kanak yang disampaikan oleh Dr Nurull Farah binti Adnan dari Unit HIV/ HEP C/ STI, Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan.
Komander Pangkalan, Brig Jen Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM juga memeriahkan program ini dengan menderma satu pint darah beliau.
Hadir bersama dalam majlis ini ialah Pegawai Eksekutif Pangkalan, Kol Zulkefli bin Hj Samsu Hadi TUDM, Pegawai Perubatan 815 RSAT PU Kuantan, Mej (Dr) Nurul Ain binti Abdullah serta warga pangkalan.