DERMA DARAH WARGA KTU UNTUK RAKYAT MALAYSIA SEMPENA HUT TUDM KE-64

1 3 4

 

ALOR SETAR, 9 Jun 22 - Program Derma Darah telah dilaksanakan sempena HUT TUDM ke 64 dengan kerjasama 817 RSAT, Kolej Tentera Udara dan Hospital Sultanah Bahiyah di Dewan Aero, Kolej Tentera Udara.

Program yang mendapat sokongan sepenuhnya oleh Brig Jen Ramli bin Mohd Abd Jabar TUDM selaku Komandan Kolej telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada seluruh warga KTU. Hampir 70 orang yang telah memenuhi kriteria sebagai penderma pada kali ini.

Sejajar dengan keperluan Pusat Darah Negara, yang mana bekalan simpanan darah semakin berkurangan, program seperti ini sememangnya dapat membantu kesinambungan hayat bagi seluruh rakyat Malaysia. Seorang penderma darah dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya 3 nyawa. Ini kerana darah utuh yang diderma boleh diproses dan menghasilkan sel darah merah, platelet dan plasma.

Terima kasih kepada semua warga KTU yang menyumbangkan darah anda untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.