PROGRAM DERMA DARAH DAN PAMERAN KESIHATAN PANGKALAN UDARA GONG KEDAK SEMPENA HARI ULANG TAHUN TUDM KE-67

1 2 3
4 5 6
7 8 9

 

GONG KEDAK, 12 Jun 2025 - Pangkalan Udara Gong Kedak dengan kerjasama Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu telah berjaya melaksanakan Program Derma Darah dan Pameran Kesihatan bersempena Hari Ulang Tahun Tudm Ke–67 yang bertempat di Dewan Puteri, PU GK. Program ini merupakan inisiatif pihak Pangkalan dan RSAT PU GK dalam membantu HRPZII bagi menangani masalah kekurangan bekalan darah berikutan peningkatan kes yang memerlukan rawatan transfusi darah setiap tahun.

Selain itu, Pameran Kesihatan berkenaan diet dan pemakan sihat turut diadakan yang telah dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Besut. Ini adalah bertujuan bagi memupuk kesedaran, pendedahan pengetahuan serta kepentingan pemilihan pemakanan yang sihat kepada kesihatan diri serta kehidupan seharian.

Program ini telah melibatkan 17 orang kakitangan Pusat Tabung Darah HRPZII dan 6 orang kakitangan PKD Besut. Program ini telah berjaya mencapai sasaran penderma yang berjumlah seramai 126 orang terdiri daripada Pegawai, anggota LLP, Staf Tadbir Awam dan ahli BAKAT pangkalan. Program yang dimulakan pada jam 8.00 pagi dan berakhir jam 14.00 ini turut dibantu kakitangan Pusat Perubatan AT pangkalan yang terdiri daripada seorang Pegawai Perubatan dan 6 orang staf perubatan Pangkalan. YBhg Komander Pangkalan, Kol Mohd Norazan bin Othman TUDM turut mengambil bahagian dalam menjayakan program.

Pusat Tabung Darah HRPZII mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak TUDM amnya serta PU GK khasnya terhadap sikap keprihatinan dan tanggungjawab terhadap masyarakat. Acara seperti ini dilaksanakan setiap tahun bagi membantu perkhidmatan transfusi darah HRPZII di samping mengeratkan kerjasama dan hubungan dua hala kedua dua pihak.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer