![]() |
![]() |
![]() |
MARAKAH, 13 Jun 25 – Bersempena dengan sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia Ke-67, Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara yang disambut pada tanggal 1 Jun, sebuah khutbah khas solat Jumaat telah diadakan di Masjid Kawkaba, Kem Marakah, Lebanon di sini.
Khutbah Khas bertajuk "Kuasa Udara Perisai, Kedaulatan Negara" yang disampaikan mimbar Pegawai Staf 1 Tadbir, Leftenan Kolonel Mohd Noradzhar Bin Hadzir TUDM juga merupakan ketua kontijen TUDM bagi MALBATT 850-12. Turut dihadiri oleh Timbalan Komander, Lt Kol Firdaus Bin Shah Budin yang hadir bagi menyempurnakan solat Jumaat dan mendengar intipati khutbah khas tersebut.
Diharapkan intipati khutbah pada hari ini mampu meningkatkan semangat seluruh warga TUDM khususnya dalam melaksanakan fardu kifayah yang telah diamanahkan serta sentiasa bersemangat dalam usaha untuk mempertahankan tanah air tercinta.
Turut hadir bersama adalah Pegawai dan Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang berkhidmat sebagai Misi Pengaman di kem Marakah, Lebanon.
"Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara".