IPOH, 25 Jun 21 - Komandan Akademi Tentera Udara (ATU), Kol Baharudin bin Abu Hassan TUDM telah hadir memantau Program Derma Darah Peringkat ATU yang diadakan bersempena HUT TUDM ke-63. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Program Derma Darah ini telah diadakan di 709 PPAT ATU Ipoh bermula pada jam 0900 hingga 1200 yang melibatkan 2 orang Pegawai Perubatan dan 7 orang staf unit tabung darah. Jumlah pendaftaran adalah seramai 61 dan hanya 52 orang yang layak menderma darah.
Program ini dilaksanakan mengikut SOP PKP yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti penjarakkan sosial, saringan pemeriksaan suhu, personal hand hygiene serta menghadkan bilangan penderma pada satu masa bagi mengurangkan kesesakan dan risiko jangkitan Covid-19.
Pihak Tabung Darah Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak TUDM amnya serta Akademi Tentera Udara khasnya terhadap sikap keprihatinan dan tanggungjawab terhadap masyarakat.