KUALA LUMPUR, 25 Jun 21 - Kursus Pegawai Keselamatan Siri 80/21 telah dikendalikan oleh MTU-Inspektorat secara atas talian pada 14 Jun 21 hingga 25 Jun 21. Kursus Pegawai Keselamatan siri ini telah dihadiri seramai 31 orang pegawai dari TUDM, 2 Pegawai dari Pasukan Udara Tentera Darat dan 1 pegawai dari Skuadron 501 Tentera Laut DiRaja Malaysia.
Di dalam kursus ini, peserta telah didedahkan dengan konsep asas keselamatan, RMAF Safety Roles and Organization, Safety Management System (SMS), Safety Risk Management (SRM), Special Occurrence Report (SOR) dan lain-lain lagi. Peserta juga perlu melaksanakan tugasan Safety Survey di unit/Pangkalan masing-masing dengan penilaian dan bantuan daripada Pegawai Keselamatan Pangkalan.
Di akhir kursus, peserta telah diuji dengan Summative Knowledge Assessment (SKA) bagi memastikan setiap pembelajaran difahami dengan baik. Penutup kursus di akhiri dengan ucapan Penutup Kursus yang telah disempurnakan oleh Inspektor Jeneral Tentera Udara pada 25 Jun 21.