KINRARA, 25 Jun 21- INSMAT TUDM Kinrara telah mengadakan kelas masakan anjuran Bersama Chef Tentera Fasilitas INSMAT TUDM Kinrara dan Biro Sajian dan Resepsi. Kelas masakan ini dijalankan secara online melalui aplikasi Google Meet. Kelas memasak tersebut telah diajar cara-cara untuk menyediakan Vietnam Roll dan Creme Brulee. Bánh tráng atau lebih dikenali dengan Vietnam Roll adalah makanan yang berasal dari negara Vietnam. Creme brulee adalah dessert hangus yang berasal dari Perancis. Program masakan ini telah bermula pada jam 11. Diakhir program ini, Pegawai Memerintah INSMAT, Lt Kol Omar Zai bin Abas TUDM telah dijemput untuk merasa kedua-dua jenis menu ini.