![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
BANDAR SRI SENDAYAN, 31 Mei 25 – Pangkalan Udara Sendayan telah menganjurkan Program Tentera Masuk Desa 2.0 di bawah Civil-Military Cooperation (CIMIC) Peringkat Pangkalan Udara Sendayan Tahun 2025. Program ini diadakan pada 31 Mei 25 bertempat di Kariah Masjid Kg Sawah, Chuah, Port Dickson.
Program yang dilaksanakan ini adalah merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Pelan Strategik MINDEF Tahun 2022-2025 di bawah Teras Empat iaitu Pengukuhan Kerjasama Tentera dan Awam dalam memupuk kerjasama strategik dengan masyarakat komuniti.
Program ini telah disertai seramai 300 orang dari pelbagai peringkat pegawai dan lain-lain pangkat dari PU Sendayan dan penduduk Kg Kariah Masjid Sawah yang terdiri juga dari pelbagai bangsa dan agama. Program ini telah dihadiri oleh Komander Pangkalan, Kol Azman bin Taib TUDM. Turut hadir barisan Eksekutif Pangkalan bagi memeriahkan program ini.
Antara aktiviti pada program ini ialah sesi bergotong-royong di sekitar Masjid Kg Sawah, membersihkan ruang solat, menyusun atur naskah Al-Quran dan meratakan permukaan lantai pada tempat sembelihan masjid. Selain itu, peserta wanita bersama-sama membantu memasak bagi semua peserta yang terlibat dalam program ini dengan bertemakan masakan kampung. Di samping itu, barisan Eksekutif Pangkalan melawat rumah-rumah yang mempunyai pesakit kronik bagi memberikan sedikit bantuan kepada mereka.
Objektif program ini adalah untuk menjalinkan kerjasama dan mengukuhkan ukhwah antara komuniti awam dengan tentera serta menerapkan semangat bantu-membantu antara satu sama lain. Program seperti ini dapat memberi impak yang positif kepada warga PU Sendayan mahupun penduduk kampung dan berharap program ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.