![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
BUTTERWORTH - Cawangan Tadbir dan anggota Pangkalan Udara Butterworth telah melaksanakan Program CIMIC di Pulau Aman, Simpang Ampat, Mutiara, Pulau Pinang pada 28 Mei 25 hingga 30 Mei 25. Program ini memfokuskan kepada aktiviti pemeliharaan alam sekitar, khususnya di kawasan pulau, sebagai sebahagian daripada inisiatif TUDM untuk mengeratkan dan memperkukuhkan hubungan dengan penduduk setempat.
Antara aktiviti utama yang dijalankan sepanjang program adalah pembersihan di sekitar kawasan pulau, khidmat gunting rambut secara percuma, pemeriksaan kesihatan, aktiviti mewarna bagi kanak-kanak, sukaneka serta aktiviti keagamaan. Turut diadakan jamuan makan tengah hari dan bacaan yassin dan tahlil bersama penduduk kampung selepas solat maghrib.
Turut hadir ke program ini adalah Komander Pangkalan, Brig Jen Tan Lai Hock TUDM yang telah disambut oleh Ketua Cawangan Tadbir, Lt Kol Mohd Noor Hafiz bin Mat Said TUDM serta pegawai dan anggota Pu Butterworth. Komander turut berbesar hati merasmikan program CIMIC ini dengan memotong rambut penduduk kampung. Program ini bukan sahaja untuk golongan masyarakat dapat mengenali TUDM sebagai mempertahankan kedaulatan negara tetapi dapat mengetahui TUDM juga dapat memberikan khidmat kepada masyarakat.
Program ini turut mendapat kerjasama yang erat daripada penduduk Kampung Pulau Aman. Dengan berjayanya pengajuran program ini, Cawangan Tadbir PU Butterworth komited akan meneruskan aktiviti kemasyarakatan seperti ini pada masa akan datang demi memastikan alam sekitar dijaga dengan baik dan hubungan di antara TUDM dengan masyarakat dalam terjalin dengan lebih erat.