MAJLIS MAKAN BERADAT WISMA PERWIRA PANGKALAN UDARA GONG KEDAK TAHUN 2025

1 2 3
4 5 6
7 8.0 8
9 10 11

 

GONG KEDAK, 4 Jun 2025 – Wisma Perwira PU Gong Kedak telah menganjurkan Majlis Makan Beradat Wisma Perwira Pangkalan Udara Gong Kedak bagi Tahun 2025 yang diadakan di Hotel Grand River View, Kota Bharu, Kelantan.

Sepanjang sesi jamuan, majlis diserikan dengan alunan muzik yang dipersembahkan oleh Band daripada D Man C dari Kota Bharu, Kelantan. Acara kemuncak pula adalah tayangan video dan persembahan ala ‘Seniman Bujang Lapok’ bagi gimik food presentation. Majlis ini juga turut merai dan menyampaikan cenderahati kepada Pegawai-pegawai yang telah bertukar keluar dari PU Gong Kedak sepanjang tahun 2024 hingga 2025 yang disampaikan oleh Komander Pangkalan, Kol Mohd Norazan bin Othman TUDM.

President Mess Committee Wisma Perwira, Lt Kol Fairul bin Mohd Rustham TUDM dalam ucapannya telah meluahkan rasa penghargaan secara bersajak di atas pengorbanan dan jasa pasangan masing-masing yang sentiasa setia memahami tugas suami demi negara tercinta.

Komander Pangkalan dalam ucapannya turut menzahirkan komitmen yang diberikan oleh semua Ahli Jawatankuasa Wisma Perwira yang bertungkus lumus membuat persiapan dan berharap agar majlis rejimental seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan. Beliau juga menzahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada Pegawai-pegawai yang diraikan dalam majlis ini kerana sanggup meluangkan masa menghadiri majlis. Turut hadir Pegawai-pegawai Memerintah Skn, Ketua-ketua Cwg dan juga warga Wisma Perwira PU GK

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer